Friday, December 28, 2018

TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 2





bagi gambo dulu
menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berjalan. haaa nampak tak beza acah2 blogger dgn profesional???

keta park kat JB sentral, hakak mmg percaya kat pak incik tuan tanah nie sbb dia dulu selalu keluar masuk seberang tambak tue. tapi itu kan dulu takde JB Sentral, takda Bangunan Sultan Iskandar kebanggaan JKR. BSI nie ada post kosong tak nak mintak? haha
makanya dua2 orang tercangak2 dan terkial2 jugak nak lepaskan diri ke sana,katanya paling teruk pon kita jalan kaki je. ate lupa ke fahry baru 2 minggu sunat??
Alhamdulillah BSI tue ada signboard, jadi ko fololah signboard & instinct ==> inilah sebenornye
kat chckpoint JB setel pg platform B ada bas kat situ ikut je lah queue ada mcm2 bangsa. bas yg tgh ready tue bas causeway link colour yellow, org JB biasa nampak kot.
adult rm1.50
child rm0.80 
turun kranji / woodlands
kat chckpoint spore nie lah yg sangat lama, semalam punya kejang belas ribu steps tak hilang tambah lagi penat berdiri. almost 2 hours jugak lah baru lepas, mmg thorough chck gamaknye.

then, pak incik punya cousin yg sgt budiman willing to bwk kitorg jln2. dh la wife to baru habis pantang gigih jgk bawak jalan. oleh kerana dia pon cum taxi driver, maka ko takkan lost in the city. Plan pon dlm kepala dia, maka ko xtau dia nak bawak jalan ke mana. dah habis jalan baru boleh summarize ==> EXPLORE SENTOSA - STATE OF FUN
semalam kat USS mmg bersepah org malaysia, tp kat sini adalah jumpa 1 family
paman fadli ajak explore kat 
Madam Tussauds Singapore
Madame Tussauds + Images of Singapore LIVE + Marvel 4D Experience
- Adult: $42
- Child (3 - 12 years old): $32
Skyline Luge & Skyride - Sentosa
Luge & Skyride Combo - 2 Rides at S$23.50/Person
Luge & Skyrides Combo - 4 Rides at S$28/Person
Luge & Skyrides Combo - 6 Rides at S$33/person
semua harga dia kali 3 ikut current currency

memang seronok ya amat la muhammad fahry aku dtg sini, mmg makanan dia lah semua benda nie. dia dh ckp next year nak dtg lagi kat sini nak khatam semua attraction. insyallah







inilah paman fadli kesayangan fahry and his son
tq to him and his family for the hospitality
ada banyak option transport nak ke Sentosa Islands
remember my supir cum taxi driver nie tau mana nak parking 'free' 
dari mesjid JOHOR tue berjalan kaki lalu kat VIVO CITY lalu kat Sentosa Boardwalk sampai la kat globe UNIVERSAL dpn USS. then moving around dlm sentosa dgn tren mcm monorail, rasa2 mcm free je takda byr.






TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 1

bismillah...

trip pg singapore nie benornya reward utk fahry ms thn 2 dia dpt no.1 overall. pttnya dh pg 2017, tp mak pak dia xtentu hala keja masa tue. ayah dia nak kena transfr masa tue so bz nak handover, yg mak dia pulak masih kat district bz dgn keja nk tutup akaun hujung tahun. akhirnya berjaya jugak la berjalan walaupon spore je kononnya asalkan ada cop kat passport. 'aje' la sgt spore tue walaupon seberang tambak yek??!

initial planning nak pg USS aje. stay kat JB then beli tiket ke USS thru travel agent naik bas pegi balik, kan simple! Hotel banyak kat JB tue, cuma nak pilih mahal ke murah aje. being a cheapskate nk hotel murah tp tilam 5 bintang pon boleh jumpa kalau nasib baik. jadinye jumpa la grand paragon hotel dgn harga 170 pernight. nie kan hotel yg sponsor wedding ekinmawi, jadinye aku agak bagus la kot hotelnya maka booking la terus thru agoda.com chck-in 21/12 dan chckout 23/12.

xtvt selingan kat JB tue biasalah singgah JPO beli kasut je pon sorg satu, tiap2 kali pg itu aje la belinye. last 2 years pg pon kasut juga. pastue mlm down memory lane kat area utm skudai. benornya teringin nak ambik gambo kat i love UTM kat tepi tasik UTM tp pg malam ape yg nampak ye tak.

on the next day weols proceed dgn rombongan cik kiah ke USS Spore. tiket booking thru travel agent kat tune hotel ==> pakejussmurahodysseytunehotel


ADULT = RM 245
CHILD =  RM 195
HARGA INCLUDE TIKET MASUK USS DAN TRANSPORT PERGI DAN BALIK SHJ
WHITE CARD agent dh bg siap2 dan isi, jadi bila sampai kat checkpoint spore tue terus queue tak payah kelam kabut nak cari form. masa mmg sgt penting sbb hari yg kitorg pg tue sabtu dan menjelang krismas. org memang sangat lah ramai super peak season katanya. mencabar keimanan jugak la benornya pg time peak season, nak queue every ride mosty waiting time 60 - 80 minutes. yg santai2 yg senang2 tue mmg q panjang gilak, jadi kesabaran tinggi amat diperlukan. sapa kaya boleh la beli express pass 30 dollar sorg, tak payah q lama2 utk naik ride. tp highlight kat USS nie adalah benda alah yg aku mmg takkan naiklah. pak incik tuan tanah je yg nangis2 nk naik, yg nie oklah da tutup sekejap masa hujan then dia open so sekejap aje waiting time dia.
battlestar galectica : human vs cylon

Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON™ are high-speed turbulent roller coasters that include sudden and dramatic acceleration, climbing, lifting and dropping. Guests should be in good physical health to experience the rides.



another highlight is

TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle

beratur 1jam lebih kot. ride lain sume q open, tp yg nie ko q dlm tmpt yg tertutup yg tak tau hujung q kat mana dan taktau turn ko lambat lagi ke tak. mental training jugak di situ, dgn ada satu bangsa nie suka potong q yg aku sure bukan dr malaysia la. mmg selamba 'excuse me, excuse me, excuse me' ke depan nak q dgn sedara dia yg dah advance. hello! haih sabor je la..
tp berbaloi la beratur lama gila nak mam*** tue. 

walaupon kedekut ade la jugak beli souvenir.
tshirt 30 - 45 dollar, yg 45 dollar tue ada cap sekali
keychain 10-15 dollar
yg lain tak ingat harga.
kalau masa beli otak ko dok convert to RM mmg xbelilah jwbnya
sama jugak dgn makan dan minum
air tin std price 4 dollar(buy 2 free 1), cornetto pon sama 4 dollar.
tak pastilah kenapa tp masa masuk tue takde dia chck bag mcm kat legoland, maka bjaya lah seludup 2 botol air mineral. air dah habis minum dah boleh simpan utk buat cebok sbb toilet kat sini ada tisu aje. paham2 aje lah. kalau dahaga ada water station utk topup air.

on the way back
pak incik tuan tanah suggest esok kita masuk lagi nak
boleh nie boleh nie
maka sambung day 2, tp kita tido dulu
dah cecah belas ribu steps kot harinie
haha







Sunday, December 9, 2018

muhammad fahry berkhatan

one and only child and son nak bersunat
maka kena la buat ulasan sikit
kawan2 dia ramai yg dah sunat, 9 tahun rasanya umor paling sesuailah sbb belom lewat belum awal
mulanya pak dia kata nak sunatkan secara berjemaah kat mindef tue, tapi tak jadi dan mak pon taktau kenapa. weols proceed dgn sunatkan kat seremban. nama klinik  tue Klinik Dr. Kassim kat Taman Dahlia, Senawang. sepupu sepapat fahry semua sunat kat situ katanya, mak ikut aje.
ada jgk fahry melahirkan rasa bimbang, tp mak kata kwn2 lain sunat ok je takde ape pon, maka sense of coolness dia pon dtg
tue la rupa dia sebelum bersunat, dtg relax pakai seluar pendek mmg paling hipster la dia kat situ.



yg nak menyunatkan dia dokter perempuan, tak mcm nama klinik kan..haha
mula2 dokter panggil fahry je dulu w/o parents
taktau ape yg dokter sekolahkan fahry kat dlm bilik tue
kemudian baru dia panggil parents, yg nie pak la masuk teman dia. feelingnya mcm nak masuk labour room teman mak bersalin
fahry sunat kaedah clamp, jadinya dia keluar dari bilik dokter buleh jalan mcm biasa senyum2 takde angkat2 kain pon. tp ada sorg tue buleh lak nak pitam time nak bayar..haha. bukan sebab harganya, kan RM150 aje. tapi sebab tettt.....



nie memang gambar sejurus balik dr sunat, siap boleh duduk mcm nie. myb sbb clamp takde jahit2 n dh ada plastik nak cover tempat potong. cuma malam lepas bersunat tue baru dia ada merintih sakit bila kesan bius dah habis n tak boleh tidor. mak pon ikut berjaga takut lasak sgt tidonya.rasanya petang tue dah bagi mandi tp kena makesure bebird tak kena la air mandi. makan pon takde la pantangkan sgt sbb apa yg dia suka makan pon serupa mcm org pantang.




tahniah muhammad fahry
xsampai seminggu dah makan satay ayam, byk pulak tue
haha


TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 2

bagi gambo dulu menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berj...