Showing posts with label share care. Show all posts
Showing posts with label share care. Show all posts

Monday, April 22, 2013

trauma

menyesal sebab klik 'play'
accident kat federal hiway yg 5 orang maut tue
ALFATIHAH untuk semua mangsa yang muslim
semalam try tgk kat phone kecik screen xde la 'rasa' sangat

iktibarnya malang tak berbau
dengarnya ada yg stop niat nak tolong pon sekali kena sapu
dah nasib

dulu selalu la guna federal nie
memang sume kenderaan tak agak2 lajunye
kirenye kalau kau bawak keta 80km/j kat lane kiri pon kena sumpah kot
aku pon sekali laju jugak le klau keta lain pon dah laju gitu
kereta kemain byk pon org still bole bwk 100-120
memang handei driver malaysia nie
orang asia nie xkira melayu ke cina ke india kalau ade ic malaysia mmg cmtue kot
ataupon sebab jalan kat malaysia nie suma memang terlalu bagus
lain benor dgn 'highway' sitiawan-lumut
80km/j kira handei la kat jalan yea
member2 yg naik motor nie memang kirim salam lah nak guna laluan motor tue sbb gelap katanye
tp wallahuaalam
 iktibarnya berhati-hati lah di jalan raya
ingatlah org yg tersayang

ingatan nie mcm vaksin
kalau sorang je yg amek vaksin pon xde makna
semua org dalam komuniti kena lah divaksin bg nak mengelakkan penyakit bjangkit menular di kalangan kita
ewah! why lately ayat aku skema tak hagak2





Tuesday, January 15, 2013

Laksana Amanah Jangan "U-TURN"

Amanah Menghambatku
Bingkisan kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini. Terimbau terngiang-ngiang saat itu. kata-kata ini bergema memenuhi runag dewan pada pagi itu,
"Untuk jawatan......... disandang oleh ....................................".
Tika itu semua mata memandang ke depan mencari-cari pemilik nama yang disebalik namanya bererti 'kegembiraan'. Orang lain kelihatan gembira, tetapi tidak pada pemilik nama itu. Debar dihatinya hanya pemilik hati ini yang Maha Mengetahui. Melangkah kaki tanpa sikit pun menoleh kiri kanan hanya mata tertumpu melangkah ke depan.
Saat itu hanya Allah mengerti betapa hati ini berbaur rasa. Ini jalan yang dipilih. Tiada lagi istilah mengundur atau turning back mahupun U-Turn . Yang ada hanya satu iaitu mengalas tanggungjawab hingga ke akhir mercu. Pada awal,  berdiri di depan ramai umat manusia pertama-tamanya tentu berasa gemuruh, namun lama kelamaan jika perasaan itu dilontar jauh pasti kegusaran itu dapat diatasi dengan mudah. Semuanya bermula dengan 'mind setting' kita sendiri.
Ya, mind setting'. Boleh kita ambil umpama seorang yang demam, bila demamnya itu diberat-beratkannya, mukanya dipermuram-muramkan nescaya demam akan bertambah tetapi kalau dilawannya dengan berkata "Ah, aku tidak demam", dengan sendirinya demam itu beransur hilang sebelum pun sempat menjadi berat.
Begitu juga seorang pengecut, cubalah lawan perangai itu walaupun hati berdebar-debar. Jalankan akal, apa sebabnya saya takut begini? Mula-mula pastinya jantung berdebar tika cuba memberani-beranikan diri tetapi nanti setelah menjadi kebiasaan debar jantung itu akan hilang sendiri.
Jika hendak melatih diri agar punya keberanian sengajakan diri menempuh bahaya yang ngeri seperti mengukur hebatnya seorang pelayar lihatlah lautan yang dilalui, ditempuhnya lautan ketika ombak dan gelombang besar maka tentu berani itu dalam kalbunya.
Jangan Bermegah, Laksana Amanah
"Amboi dah jadi exco sekarang dah mula berlagak ye. Bangga, sombong, ujub ......" Antara lafaz kata seorang pensyarah kepada diriku dengan niat gurauan.
Namun di sebalik gurauan itu memberi makna tersirat yang menyentak pemikiran lalu menyentuh kalbuku. Itu bukan sekadar gurauan tetapi berupa peringatan. Sifat ujub bangga antara sifat yang merosakkan bukan sahaja hati tapi seluruh kehidupan pengamalnya.

Merasa puas diri sendiri.

Disangka diri sudah sangat cukup dan sempurna. Perangai begini membawa lupa akan kekurangan diri dan ingat akan kekurangan orang lain. Janganlah sifat ujub ini menjalar ke dalam diri, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna kalau kita tiada. Sebab kita itu pun tidak akan sempurna kalau tidak dengan orang lain. Keutamaan tidak cukup diberikan Allah kepada satu orang tetapi berbagi-bagi.
Laksana kita ingin memasak makanan yang lazat tidak akan berasa jika cili hanya membanggakan pedasnya, garam membanggakan masinnya, cuka yang membanggakan masamnya, ikan yang membanggakan enaknya sendiri. Jika segala kepedasan, kemasinan, kemasaman, dan keenakan itu dikumpulkan dalam satu belanga, dimasak dengan tangan yang ahli, barulah menjadi makanan yang menjilat jari.

Hamparan Harapan, Emasnya Ikhlas
Bila bercerita mengenai harapan, teringat pula bait-bait lagu yang menjadi halwa telinga sekitar 80-an "Harapan setinggi gunung". Jika diselami maksud bait lirik itu tentunya tinggi harapan orang itu. Masakan tidak tinggi jika telah disamakan harapan dengan gunung. Hendak mendaki gunung perlu keringat yang memecah peluh hingga baju terpaksa kita perah.
Harapan orang tentunya menggunung pada pemegang tangungjawab tetapi lebih berat lagi bahu yang menggalasnya. Memberi harapan pastinya sedikit sebanyak akan terikat dengan janji. Resmi manusia, mengikat janji mudah sekali tetapi memantri kata untuk dikota payah sekali umpamanya bila sebelum kita mendapat duit, janji itu ini, pada kawan dijanji mahu belanja makan, pada emak berkira-kira mahu menghulur beberapa keping not, itu ini mahu dibeli tetapi bila mana duit digenggami disimpan kemas dalam peti. Melupakan semua janji yang kita taburi, sudahnya airmata yang menjadi galang ganti. Itu dikira masih baik lagi, jika dihambur caci maki tentulah lagi menyakitkan hati,  alamatnya hingga nafas terakhir perasaan bersalah membaluti diri.
Memikul jawatan ini diri tidak menabur janji apatah lagi menghamparkan harapan. Hanya satu menjadi pegangan, melakukan semua ini dengan ikhlas. Mahu mengikhlaskan hati ini ibarat emas murni, tidak bercampur perak berapa persen pun. Pekerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas.
Misalannya seorang yang berkerja kerana mengharapkan puji majikan, maka ikhlas amalnya kepada majikannya atau dia bekerja pagi sampai ke petang kerana semata-mata memikirkan upah, maka keikhlasannya kepada perutnya. Pekerjaannya itu baik tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur.
Dasarnya itu akan baik dari zat sampai ke sifatnya jika didasarkan kepada lillah hi ta'ala iaitu ikhlas kerana Allah. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata. Sesuai lidah dan hati, itulah ikhlas! lain di mulut lain di hati, bukanlah ikhlas tetapi culas.
"Jangan terpedaya oleh seorang ahli pidato, lantaran pidatonya

Sebelum kelihatan bukti pada perbuatannya
Kerana perkataan itu sumbernya ialah hati
Lidah hanya dijadikan sebagai tanda dari hati".

Artikel iluvislam.com





Monday, November 19, 2012

hanya ALLAH Maha Mengetahui

ini

or this..

isu boikot nie rasanya bukan baru-baru nie je
dah ada yg audit apa yg ada di rumah kita?
skang sume kecoh boikot mcD, myb kebetulan aje deme buat beger bfast free arinie
Wallahualam hanya Dia yg tahu betul ke tidak

coke, pepsi-kdg2 beli  gak
kotex - ganti dgn stayfree!
carrefour-manjung xdem tp aku rs tesco pon same je
kitkat-dlm petiais tgh byk, asben beli byk kt lgk
CK & Tommy Hilfiger - perfume ade, pasnie pakai bodyshop aje
J&J - ganti anakku ke pureen ke
IBM & Intel xtau la nk boikot guane. hmm
mcD, KFC - ??
Levi's - dh xmuat pki levis. hahah!
huggies - fahry hmpir pempesless
nestle - ???
maybelline - bru beli BB stick dia, pasnie pakai pixy dgn bedak arab je lah yea
facebook, twitter? 
yg lain2 tue cm nokia, disney, danone ade jgk. klu ada pilihan lain better lah amek pilihan lain yea

my personal thought
pilihan di tangan anda
Help end Palestinian suffering by boycotting Israel today!






Wednesday, October 17, 2012

Apabila ingin mengata..


Entry ini untuk untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian kita bersama.Tiada mengena antara yang hidup atau mati :)




Terkesan betul isi entri ini, untuk sama-sama bermuhasabah diri..




Mari renungkan ayat ini sebelum kita mengata orang lain,



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"



Ayat 12 : Surah Hujrat





Dan mari renungkan ayat ini,

Sabda Rasullullah S.A.W:



'Sesungguhnya tali silaturrahim membuahkan kasih sayang dalam keluarga, melimpahkan harta dan memanjangkan usia'

(riwayat ahmad dan tarmizi)




Akhir kalam, marilah kita saling bersilaturrahim..

Niatkan dalam hati kita bersahabat kerana ALLAH, jauhi sifathasad dengki sesama kita demi mencari redha Ilahi..berlapang dada dan bersangka baik.




^_^



Pesanan khidmat masyarakat dari





Tuesday, August 28, 2012

TIPS : 40 kesilapan mendidik anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama



Thursday, August 9, 2012

jauhkanlah dr bersangka buruk

ada satu ketika dengar perak.fm
ada sesi soal jawab pendengar dgn ustat
tak ingat ustat siape tp yg pasti ustat nie sgt hikmah dlm memberi jawapan
pendengar tue tanya kat ustat 'perlu tak imam solat terawikh mengingatkan jemaah yg buat terawikh 8 rakaat utk menunaikan solat witir sebelom balik ke rumah. dikhuatiri bila balik rumah depa nie xbuat pon solat witir'
pendengar bertanya dalam nada sinis
aku sbg manusia biasa terdetik jugak dlm hati 'pakcik nie sengaja nk bgtau org ramai yg dia buat 20 ke?' astaghfirullah
lepas tue ustaz pon jawab dgn cara yg sgt hikmah
dia explain solat terawikh & witir tue solat sunat yg mcm mana
bg mnjawab soklat pendengar tadik
akhir skali dia kata 'jgn la bersangka buruk dgn jemaah yg buat 8 rakaat tp xbuat witir kat masjid. mungkin dia buat solat witir kat rumah. jgn la kita mengadili jemaah lain bdasarkan apa yg kita nampak dgn mata kasar. mungkin jemaah ada keperluan lain itu sebab dia hanya buat 8 rakaat shj'
ntah2 jemaah yg blik sbb dia mengantuk sgt2 sampai tak tertido masa solat
agaknye dia balik tdo sekejap pastue tgh malam bgn balik sambung beribadat
xkan nk bgtau sumeorang dia buat camtue

saje je buat entry mcm nie sbb hari ini byk sgt post kat wall about mereka-mereki yg beratur kat BR semata2 utk 1 scoop eskrem
xsemestinya depa yg beratur tue xmerebut pahala di bulan Ramadhan
myb depa buat amal ibadat selepas depa beratur kat BR
malam kan panjang
aku rasa tak pelik lah kalau org sanggup beratur semata-mata utk BR yg free
konsep dia sama kalau SOGO/jusco buat member day
xkire kaum melayu, cina, india semua tunggu depan pintu sogo awal2 pagi sbb nk pastikan depa dpt shopping dgn harga terbaik
terus terang aku pon xpernah rasa eskrem BR nie, kek eskrem BR nie pon aku xpernah rasa
(haruslah pegi merasa sendiri ok)
jadik utk org yg xberapa nk mampu nk beli eskrem nie sndiri, myb time nie ar depa nak menikmati kesedpan BR nie
nak beli xmampu, amik la kesempatan ini
apa nak malu plak? mme dorang bg free. lebih baik dari mencuri
jd bersihkan lah hati dari bersangka buruk
tak semua manusia sama

ini cuma pendapat aku sbg rakyat marhaein yg tak sempurna
selamat beramal

Monday, March 26, 2012

credit card scammers?

last week masa aku tgh MC
byk sgt panggilan dr unknown number
nombor tak kenal mmg malas la nak angkat
lagi2 no DIGI 0162117953
sekali arinie aku dah masuk kijo
aku pon angkat la jugak, takut2 kang kontraktor ke sape2 ke
malangnya dia adalah yg konon2 jual insurans
otomatik caj kat kredit kad
yg makcik heran, mane aku ada kredit kad
udah lama aku slash sbb 'takuit' tbabas
baru den teringat last week ada dpt surat dr mybnk
hirepurchase baru pon guna mybnk jugek
skali ape agaknye apek mebeng tue buat agaknye
boleh plak surat tue inpom suh aku amek kdt kad
ih ih ih
padanle yg menelepon aku tue tanya aku pgg kdt kad visa ke amex ke
aku jwb le sy xde kdt kad
dan2 tau aku belom amek lg kat mebeng
ntah le nak amek ke idak
kdg2 rasa mcm perlu kot2 sng nk bel tiket flight
ataupon kene g kursus time sengkak ke kan
tnggl swipe aje
akan kupikirin!


berbalik pd kes yg insurans bla bla bla td
bila aku jwb aku takde kad tue terus dia kata nti dia call tadik
tp hati nie rs xbest lah
bila aku selidik2
nie kira mcm gang nk curik identiti kad kredit la ek
sbb aku tak amek lg kad kredit lg so aku takde la security number tue
Allah nk tolong jugak aku yg byk dosa nie
Alhamdulillah terlindunglah aku dr pentipu pentipu
yg satu gang nie plak dia call kata kan supply kita traveler kad
ala yg dpt harga promosi kat mcm2 hotel
mcm kan aku  nie kuat travel mcm dulu
pakai gomen rate sudah le
sedap2 aje caj kat kad kita
pdhal gunenye kad itu tak seberapapun
ada la voucher MAS 50hengget
aku cakap mcm dh pernah kena kan
mmg pon*tp bukan aku*
geram aku klu nk diingat2

pakai kad plastik bole tp sila kawal yea
share&care

Monday, February 20, 2012

5 Things in Your Kitchen that Could Make You Sick



Every year, 76 million Americans get sick from food, according to the Centers for Disease Control. Nothing you can do will ever guarantee 100 percent protection against foodborne illness, but taking certain precautions can help reduce your risk. Some of these protective steps are common sense, like washing your hands before you eat. Others aren't so obvious. Read on to discover five surprising sources of foodborne "bugs" in your kitchen, we've written about in EatingWell Magazine, and how to protect yourself. 




Kitchen threat #1: Your kitchen sponge. When participants in a study from NSF International (an independent public health organization) swabbed various items in their houses, the kitchen sponge was by far the germiest. In fact, it harbored 150 times more bacteria, mold and yeast than a toothbrush holder. "You pick up bacteria when cleaning, but because you rarely disinfect that sponge between uses, germs multiply," says Rob Donofrio, M.S., Ph.D., NSF's director of microbiology. While the majority of germs they found won't make you sick some, such as Salmonella and E. coli, can cause serious illness. The best way to de-germ your sponge: microwave a wet sponge for two minutes daily and replace it every two weeks. 



Kitchen threat #2: Your fridge. Cold temperatures slow the growth of bacteria, so it's important to make sure that your refrigerator doesn't rise above 40°F. Reduce your risk of foodborne illness by keeping tabs on your fridge temp with a thermometer. You can buy a "refrigerator/freezer thermometer" at appliance stores, home centers (e.g., Home Depot) and online kitchen stores.



Kitchen threat #3: Cutting boards. Bacteria from uncooked meat, poultry and fish can contaminate cooked foods and fresh produce. An important way to reduce this risk is to use separate cutting boards for raw meat/poultry/fish and produce/cooked foods. 




Kitchen threat #4: Uncooked eggs. If you enjoy eating eggs with runny yolks or snitching a bit of raw batter when you're making cookies, you're not alone. But the USDA recommends avoiding raw or undercooked eggs (especially for young children and the elderly) because of the possibility of foodborne illness, like Salmonella. If you can't keep your hands (or your kids' hands) out of the cookie batter or you're working with a recipe that calls for raw or undercooked eggs, consider pasteurized-in-the-shell eggs. They're no different than regular eggs except they've been heat-treated to kill any harmful bacteria-making them safe to consume raw or partially cooked. Look for them in large supermarkets near other in-the-carton eggs. 



Kitchen threat #5: Recalled items. You should discard any food that's been recalled because it's associated with the outbreak of a foodborne illness. But according to a survey conducted by Rutgers University, only about 60 percent of Americans search their homes for foods that have been recalled because of contamination. Whenever there's a food recall, check products stored at home to make sure they are safe. For more information on food recalls, visit www.recalls.gov.



What do you do to keep your kitchen and your food safe?





Monday, January 16, 2012

..tanpa kita sedar..


Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi
Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan
Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri
Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan
Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan
Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka
Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil
Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha
Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah
Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan
Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya

Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya
Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan  padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa
TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....
Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya....
Dan Tanpa Kita Sedar
Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya




Friday, November 18, 2011

Muslimah Memang Tak Guna...

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda  bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Mari Membaca!
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang  B E R G U N A
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32) 
SUMBER DR iluvislam



TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 2

bagi gambo dulu menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berj...