Showing posts with label special person. Show all posts
Showing posts with label special person. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Double Standard*kalau dah tak suka buat apa pon tetap tak suka*

hari nie tgh mode PRU sebab warga Pangkalan tgh bz nak pegi memangkah
patutnya warga ATM dan isteri tp aku tak termasuk
ahkak memangkah nanti 5 mei kat kampung
Parlimen Bakri DUN Bukit Naning
technically aku memang bukan atas pagar
ado plak yg menghukum org atas pagar nie apehal?
udah mmg dia konpius nk sokong mana atau pon biasanya golongan nie memilih utk bersederhana
apehal nk taksub obses bagai
sampai masa nanti dia tetap akan pilih
sapo plak dia nak menghukum seseorang itu benar atau salah
itu kan kerja Allah
Wallahuaalam..

berbalik kepada tajuk cerpen aku pada hari ini
nak kupas sikit lah pasal dilemma
bukan dilemma psl PRU
hospital swasta vs hospital kerajaan
yg pertama nak maklum kat sini
aku nie dalam surat beranak tempat lahir : PSA 27, Kg Parit No. 1 Muar
cuba korang chck surat beranak korang, mesti tulis hospital muar la, hospital seri manjung or GHKL ke
iyea realitinya aku nie lahir kat rumah embah jemah aku je
keluar2 terus duduk atas dulang nasik ambeng
aku masih lg dalam era mak bidan masa tue
tue psl kental sikit yea
xdan nak pegi hospital yea puan2
kalau nak compare hospital gomen dgn swasta nie
pastilah ada beza apatah lg klu kes kelahiran aku di donia ini
yang komplen hospital lembab, poor service, nurse xlayan korang baik2 lah sume tue nonsense in certain aspects
kenapa jadi lembab definitely sebab ramai orang sgt mendambakan service gomen hospital
poor service sbb manusia kental sgt diperlukan dalam bidang perubatan
yg dirawat dan merawat adalah manusia or human
kemungkinan nak berlaku psikologi outbreak sahihlah ade
lain la robot
jadik sebagai check n balance hospital swasta nie wujud
bagi yg mampu duit bkepuk2 ataupon ade medical card bole la pegi hospital swasta bg mengurangkan kesesakan kat hosp gomen
sedia ade duit selesai masalah
tapi ada limit kalau tak silap worst case hosp swasta xboleh handle last skali dia akan pg hospital gomen jugak
statement yg ini aku tak tau fakta atau auta

personally aku rasa tidak adil kalau terus kuar statement
doktor hospital gomen tak boleh pakai
aku mmg sgt menyirap kalau ada org kuar statement mcm nie
kalau dia cakap depan muka aku memang aku terus carut WTF kot
eh! hello kenapa begitu sekali otak kau diracun
paranoid? fobia?
kalau ikut pengalaman ahkak dgn hospital gomen
belom pernah sekalipon berlaku bnd pelik
contoh metafora mudah. aku pg klinik kerana demam
takde plak doktor kata eh awak tak demam, awak cuma selsema aje
aku nie kalau demam tak baik2 seminggu baru la thegeh2 pegi HAT
demam seminggu tak ok jugak, memang konpem akan diikuti dgn urine test n blood test
sementara tunggu blood test result kuar, duduklah kau kat emergency tidur sambil masuk air. bersilih ganti doktor tanya kau ok ke tak
besela takut denggi ke hape ke kan
see?! adekah itu namenya tak prihatin atau kerja sambil lewa atau opinion tak boleh pakai seorang doktor kerajaan???
kalau kat wad hospital gomen doktornya bukan lah cuma yg setahun jagung aje
dah tentulah ada yg pakar dan superpower pakar
specialist paed kat Hosp Seri Manjung Dr. Khairi tue sgt lah humble
nampak cute dgn kereta persona dia
oh ok xde kene mengene
sapa tak pernah pegi hospital tentera kalau nak tau prescription ubat dia memang lain dr hospital kat luar
and ubatnya lebih kuat maknenye kalau makan ubat sahih tingtong 
tp lepas tue memang hilang lah sakit pening tue
HAT kan sepital tentera tentulah tujuannya nak bg askar2 nie baik cepat yea tak
ado jgk tue komplen
'membazir duit gomen je HAT nie beli ubek mahal2 bg kat askar, askar bknnye ade perang pon skang'
hmmm nampak tak betapa tahap kakinye pemikiran manusia
eh! tapi kalau klinik swasta dr. lim bla bla, ubat+consultation RM 100++ sanggup kau bayar siap puji2 cepat baiklah hape. doktor nie pandailah ubat kan orang...pui!!
yg tadik kat hospital gomen free or at least byr seringgit je masa register kau kata membazir plak
memang tak boleh lah aku dgn manusia cenggini

ok la sekian
nak chck dalam manifesto BN dgn PR apa deme JANJI pasal kesihatan
=D
DOCTOR IN THE HOUSEE








Friday, July 30, 2010

mode : kekaguman melampau

aku kagum ngan bos aku
anak 8 org
jage sorang2
ade yg nk amek spm, pmr, upsr sume lengkap
tp boleh urus hidup ngan baik
kerja pon tip-top
tip-top maksud aku
dia boleh buat decision bila dia kena buat decision
boss mmg la kene buat decision kan
tp raaaaammmaaaaaaai bos2 yg tak berani buat decision
then menyusahkan anak buah bile pg meting
bile anak buat decision kata memandai plak
tp ini tak berlaku kpd aku
syukran!

kekaguman aku bermula bile aku pegi meting ngan dia smlm kat KL
otw to KL tu mcm2 dia buat
nk buat surat pindah anak sekolah la
ingt psl anak g tuisyen la
call contractor psl brg prelim la
call consultant psl design la
lg
ingt nk beli baju ry anak la
ingt nak beli toys anak la


yg memuncakkan lg kekaguman aku semalam
dia bwk aku g jln TAR
[tempat yg aku suke g suatu ketika dulu]
dia beli kain pasang berpasang2 dgn harga borong
ade la 2 kodi
ngan telekung mcm2 jenis
utk bisnes kecik2 dia tue
pastue g pulak GM Plaza kat chow kit tue
beli plak segala mala gelang kristal
kat sini mmg tempat pemborong brg2 yg jual mcm kat uptown tue
harga mmg jauh lg murah dr kat uptown
aku join la beli gelang2 kristal[kristal ciplak le..]
butg baju melayu + 2gelang kristal = 9hengget!
pastue pegi pulak kedai mainan kat chowkit tue jgk
aku join beli 3 toys
train + ferriswheel + drum = tak smpi 50hengget
sume ade musical + sore. kualiti pon ok mcm fisher price jgk rasenye

yg pentingnye aku tatau la mcmana dia boleh buat SEMUA dlm mase 1 hari
mcmana dia bahagi masa 24jam sehari tue
aku baru anak sorg, try la g tengok umah aku skang cimane
mcm tongkang pecah

boss aku nie siap nak amek PHD lg
wah!!!!

mode : kekaguman melampau!!


Tuesday, June 1, 2010

..27th may 2010..

sticky post until my anniversarry on 27th may

month of love aite??

heheh

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

save the date

Tuesday, May 11, 2010

..SEMPENA HARI IBU..

sempena hari ibu
aku dedicate entry ini khas utk ibu saya dan juga ibu-mertuaku
azalinya aku bukan lah anak yg baik
juga bukan menantu yg terbaik
tp sy syg mak dan mak mertua
to mak n mama
i looooveee u both much2

cerita ttg mak sy
sedih nie
mak aku nie byk juga yg tak sihat
pernah sekali dia bgtau
tgh2 mlm dia klinik sbb dia rs cam ade benjolan kat payudara
abah aku hntr mak aku g klinik
klinik refer plak kat hosp sbb kena scan sumer
Alhamdulillah -ve
mase mak bgtau aku asyek nk nanes je
mak bgtau taknk ckp ngan adik bongsu aku
kalu tak konpem dia nanges tak hengat
family aku mmg ade sejarah kanser
embah aku dh sembuh dr kanser payudara
Alhamdulillah
sebelum tue
arwah adik aku yg bongsu
meninggal ms umur 2++
sbb barah buah pinggang
seresly tgk kanak-kanak kat wad pediatrik tue mmg sgt menyanyat hati
tak serupa mcm tgk dlm TV
sila lah tgk live, mmg meruntun jiwa kesian
sbb itu lah mak aku concern sgt psl sakit2 nie

now,
mak aku kena diabetes pulak
hari2 mkn ubat
latest, mata dia dh makin kabur
sbg alternatif mak pegi rawatan homeopathy
hari2 tak pernah miss

aku skang tgh survey rawatan alternatif
syg ngan mak aku

cukoplah entry
suda sedey banget
babai

Monday, April 26, 2010

feeling 'ohlywood'!!

berita terhangat masa kini

'anne ngasri bakal bercerai'

&

'kuman KU2 dalam ICU'

semoga Kuman tabah menghadapi mase susah..aku suke tengok beliau ngan apek dlm *x ingat slot ape* tp dia panggil apek 'awok'. mmg lawak gile slot tue..aku ngan asben aku nanes guling2 gelak!! hiks..gelak ke nanges nieh??!!

kredit to beautifulnara.com

update pada 4.15 petang

Dukacita dimaklumkan bahawa Dato Zulkefli Ahmad, Pengarah JKR Kelantan, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jeli kelantan hari ini. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) Dato Mohamad Husin dan pegawai-pegawai JKR Kelantan yang juga berada dalam kenderaan yang sama, selamat dan sedang menjalani pemeriksaan di hospital Jeli.

kredit from my formal e-mel
semoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah

ok cukop lah dgn berita terkini..

**************************************

weekend yg lalu berlalu dgn baik walopon w/o papa. aku balik muor berdua aje ngan fahry..huhu tabah habis nieh. naseb baik la semua dipermudahkan segala urusan. time fahry nk tido je aku terus masuk fahry dlm car-seat, bile keta gerak je x sampai 2 minit fahry dah pengsan sampai la destinasi yg dituju..hahah. balik pon cenggitu. senang mama ngan fahry kan

balik kampung yg best cume lah makan makan makan dan makan. abah aku sembelih ayam 2 ekor sbb asyik nk masuk dlm umah aje..heheh. mak masak kari nyum nyum sampai la perot aku meragam. mane2 kari pon mmg akan mengganggu perot aku. tak kisahla janji dpt makan sedaps!! pagi tue aku request mak buat bubur kacang..haha. dpt gak..sedap buleh mkn byk.

'papa, mak kata kalu papa balik mak nak buatkan lodeh kegemaran menantu dia'..akakakaka. asben ku addicted ngan lodeh mak. sumpah sedaps!!

again, aku ade project lg. pg2 tadik terus buat call n the 'person' yg assist tue very cepat buat kerja..hahaha. senang sket ati ini. semoga semua dipermudahkan.

and dengan 1 kes yg aku rase mcm sebelah kaki dh pijak 'sane', tp org kat sini mcm tak ikhlas nk buat kerja je. dengki ke aku nk pijak 'sane' tue..paham???




Thursday, April 8, 2010

'Ubat saya sudah pergi' - Aznil Hj Nawawi


sedih pulak bace luahan Pak Nil

ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.

Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era.


Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu.


Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya.


Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.


Din, siap nak bawa sarapan?

Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.


Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!

Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”

Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!


Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?

Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.

Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.


Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.


Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.


Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!


Din, pilih tempatlah untuk melawak!

Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.


Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.

Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”

Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.


Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.


Din, kau nak cuti panjang kan?

Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.


Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”

Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.


Din Mr Sengal?

Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.


Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.


Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.


Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.


Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.


Suka hantar SMS yang mengarut

Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”

Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”

Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?

“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”


Din, aku rindukan engkau

Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).


Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.


Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!

Wassalam.




Friday, April 2, 2010

perihal radio

*Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi. dah beberapa hari since aku drv pg2 aku dpt tau jugak perkembangan terkini Din Beramboi. tapi Allah lebih sygkan dia, maka begitu lah adanya..semuga beliau ditempatkan di kalangan org yang beriman...AMIN*

terlintas nak uat entry pesal radio ape yg korang suke dengar..mostly akan cakap ERA.fm, Hot.Fm, HitZ.fm ataupon latest Suria.fm (yg ade linda.onn tue)

tp sejak dua menjak nie aku mcm dh bertukar selera la sket, myb sbb umor...(akakakakaka). aku suke dengar KL.fm..iye, radio kerajaan nie. heheheh. pedulik le aku nk dengar pe sbbnye lebih optimum didengar telinga..lagu2 dia pon mcm tak semena2 je kuar. maksud tak semena-mena tue cthnye, tibe2 keluar lagu GABAN. ye lagu gaban yg wakata wakata!! hahaha..gelak sorg2 aku dengar lagu tue dlm keta..pastue lagu NURANI yg eisya sengau sket tue nyanyi. mak haih..zaman bile lagu nie glamer??!! ye la era mesti keluar stok wali band la, stacy lah, akim lah, lg plak aril (bluwek!!!...)
DJ nye plak ala-ala menggeikan hati juge..tak ade la buhsan walopon radio kerajaan. sengal juge DJnye. yg paling ok sbb KL.fm nie dia punye laporan trafik amat la tepat compare to ERA or HOT yg aku rase mcm copy-paste je laporan dia hari-hari. ape daaa...tak ade inisiatig nk bg laporan terbaik. KL.fm yg report mmg polis trafik KL yg tgh memantau thru' camera yg memantau trafik 1 KL nie.

yg menggelikan hati sgt2 hari ini DJ radio dia tadik tgh recap psl sejarah penyiaran RTM yang dh 64 tahun. DJ tue tnye kat DJ sorang lg psl 1 animasi yg sgt sinonim dgn RTM mase zaman-zaman 90-an dulu..ala korang mesti ingat yg kartun melayu psl monyet yg mkn cili tue.
'nak jugak nak jugak nak jugak'...
@
'1 2 3 lekuk, jantan betina aku ketuk'

banyak lagi lah..

ade kat you tube tak eh??

tibe2 rase nk tengok balik animasi tue

huargh!!!

Wednesday, March 24, 2010

dedication entry for puan hasmah kamaruddin

also known as Jamilah Zainuddin in Facebook..why Jamilah Zainuddin? ask jer personally

17 mac adalah hari terakhir beliau berkhidmat di JoKeR sebagai penjawat awam. thanks to k.hasmah being my makan-mate and borak2-mate. also jalan2-mate di tengahari jumaat. kalau mau sopeng tudung lagik, jgn malu2 telepon sy k

kitorang g same2 ke langkawi hari tue..malang betol tak dpt sama bas dgn beliau..huhu. ade rezki lebey sy join la yg sarawak nanti, ataupun beijing myb..ye la org pencen ade byk rezki kan..hehe gurau je

*see the montelness of belakang badan fahry? skang dh makin mulus

*the same guy buat muke pelik kat fahry..siap kau rashdan!!
berikut pulak gambar sekitar majlis persaraan beliau. aku rase bape kali aku mkn free sempena dia bersara. yg ini officially. yg tempias2 tue bpe kali ntah...tp seres best lah!

*nmpk gigi je dr jauh. haha
*ambik gambar dgn makcik2 kat ofc..oopps
*beriye aku nk mkn free. sedaps mee rebus. tp x sampai petang kenyangnye. mkn lagik lepas tue

SELAMAT BERSARA
JAGA KESIHATAN
KEEP IN TOUCH YEA..


TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 2

bagi gambo dulu menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berj...