Wednesday, February 27, 2013

Friday, February 8, 2013

planning CNY manjung-muar-seremban-manjung

cuti dh apply sampai hari rabu ini
initially dalam kepala hotak plan nak balik jumaat pas kerja terus ke muar
sebab bawak adik dh rindu dgn omak abah
cuti2 mcm nie cuma layan femili je
itu lah kan
cuti2 mcm nie lah ada peluang balik kg
kalau aku berangan nk g holiday bagai sudah pastila raya aje aku balik
mungkin jee
last 2 week dapat kesempatan jjcm kat penang pon syukur Alhamdulillah
memandangkan badanku terasa xberapa best myb esok kot baru balik
plus td en.suami sms bgtau kapal xjadi belayar n dapat cuti sampai selasa
Alhamdulillah boleh balik sesame
padanle dia cm xberapa nk bkemas je 
slalu bz tnye mcm2 benda yg nk disumbat dlm beg

perjalanan manjung-muar makan masa lebih krang 7 jam
plus stop makanla merepek bagai xtermasuk jems
selalunya aku akan singgah seremban, the next day baru balik muar
tp kali nie terus sampai muar kot
balik nnti singgah seremban plak
semoga selamat perjalanan pergi dan balik nie
kat twitter dh kecoh dh jems sana sini
kat hiway pon boley jem xtau la mana nak selit agi
sekian




Thursday, January 31, 2013

OST Adam & Hawa - Cerita Kita by Shahir


Seluruh hati ini
Ku serah buatmu segala
Setiap lafazku benarku rasa
Bukannya cerita di dalam lagu

Benar aku pernah
Menyakitimu walau ku terluka
Sedangkan kau tetap selalu berada
Di sisi menemani oh diriku

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa


Sungguh aku kesali
Biarkan dirimu separuh mati
Sedangkan ku tahu semua sendiri
Kau teruskan jua walau disakiti

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa

Setiap kali aku cuba menjauh
Lebih dekat kau hadir
Biarku undur kau terus setia
Setulus kasih yang kau berikan

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa

tibe2 JEREMY RENNER nie muncul ek

Monday, January 21, 2013

jom la cuti


semangat menyevey tp sampai harinie xbook jugak
xfinal2 jgk nk duduk mana
]mmg kami dutakdirkan begini
sume last minute ek
last minute sahih la mahai gila habaq hang
 adei!

penang je pon
hahahah
**********
wiken baru nie xde apa yg menarik kecuali berehat bersama keluarga
en.suami ada kat umh distime
aritue kan dpt voucher marina cove
alahai sekangkang kera je
saje nk buang masa rehat2 mandi swimming pool
ok la jgk
kalau rehat kat rumah myb xsama kot
dh kat rumah kan
kang kejap nak sidai kain
nak angkat kain
nak lipat kain
nak basuh pinggan la
nak kemas bilik la
mcm2 la nk buat kan

memandangkan acik punye bonus suda masuk
maka berani la mkn sedap ngan soping
bln nie mmg raso nak boli baju ngan suar
badan mcm yoyo
turun sikit je, tp bila naik byk plak
adei stress
ade kang makan pil 10 biji nie haa

itu jela yg terkini dr nozie
tengok la wiken nie berjaya x nak holiday spree kat penang
heheh

Tuesday, January 15, 2013

Laksana Amanah Jangan "U-TURN"

Amanah Menghambatku
Bingkisan kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini. Terimbau terngiang-ngiang saat itu. kata-kata ini bergema memenuhi runag dewan pada pagi itu,
"Untuk jawatan......... disandang oleh ....................................".
Tika itu semua mata memandang ke depan mencari-cari pemilik nama yang disebalik namanya bererti 'kegembiraan'. Orang lain kelihatan gembira, tetapi tidak pada pemilik nama itu. Debar dihatinya hanya pemilik hati ini yang Maha Mengetahui. Melangkah kaki tanpa sikit pun menoleh kiri kanan hanya mata tertumpu melangkah ke depan.
Saat itu hanya Allah mengerti betapa hati ini berbaur rasa. Ini jalan yang dipilih. Tiada lagi istilah mengundur atau turning back mahupun U-Turn . Yang ada hanya satu iaitu mengalas tanggungjawab hingga ke akhir mercu. Pada awal,  berdiri di depan ramai umat manusia pertama-tamanya tentu berasa gemuruh, namun lama kelamaan jika perasaan itu dilontar jauh pasti kegusaran itu dapat diatasi dengan mudah. Semuanya bermula dengan 'mind setting' kita sendiri.
Ya, mind setting'. Boleh kita ambil umpama seorang yang demam, bila demamnya itu diberat-beratkannya, mukanya dipermuram-muramkan nescaya demam akan bertambah tetapi kalau dilawannya dengan berkata "Ah, aku tidak demam", dengan sendirinya demam itu beransur hilang sebelum pun sempat menjadi berat.
Begitu juga seorang pengecut, cubalah lawan perangai itu walaupun hati berdebar-debar. Jalankan akal, apa sebabnya saya takut begini? Mula-mula pastinya jantung berdebar tika cuba memberani-beranikan diri tetapi nanti setelah menjadi kebiasaan debar jantung itu akan hilang sendiri.
Jika hendak melatih diri agar punya keberanian sengajakan diri menempuh bahaya yang ngeri seperti mengukur hebatnya seorang pelayar lihatlah lautan yang dilalui, ditempuhnya lautan ketika ombak dan gelombang besar maka tentu berani itu dalam kalbunya.
Jangan Bermegah, Laksana Amanah
"Amboi dah jadi exco sekarang dah mula berlagak ye. Bangga, sombong, ujub ......" Antara lafaz kata seorang pensyarah kepada diriku dengan niat gurauan.
Namun di sebalik gurauan itu memberi makna tersirat yang menyentak pemikiran lalu menyentuh kalbuku. Itu bukan sekadar gurauan tetapi berupa peringatan. Sifat ujub bangga antara sifat yang merosakkan bukan sahaja hati tapi seluruh kehidupan pengamalnya.

Merasa puas diri sendiri.

Disangka diri sudah sangat cukup dan sempurna. Perangai begini membawa lupa akan kekurangan diri dan ingat akan kekurangan orang lain. Janganlah sifat ujub ini menjalar ke dalam diri, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna kalau kita tiada. Sebab kita itu pun tidak akan sempurna kalau tidak dengan orang lain. Keutamaan tidak cukup diberikan Allah kepada satu orang tetapi berbagi-bagi.
Laksana kita ingin memasak makanan yang lazat tidak akan berasa jika cili hanya membanggakan pedasnya, garam membanggakan masinnya, cuka yang membanggakan masamnya, ikan yang membanggakan enaknya sendiri. Jika segala kepedasan, kemasinan, kemasaman, dan keenakan itu dikumpulkan dalam satu belanga, dimasak dengan tangan yang ahli, barulah menjadi makanan yang menjilat jari.

Hamparan Harapan, Emasnya Ikhlas
Bila bercerita mengenai harapan, teringat pula bait-bait lagu yang menjadi halwa telinga sekitar 80-an "Harapan setinggi gunung". Jika diselami maksud bait lirik itu tentunya tinggi harapan orang itu. Masakan tidak tinggi jika telah disamakan harapan dengan gunung. Hendak mendaki gunung perlu keringat yang memecah peluh hingga baju terpaksa kita perah.
Harapan orang tentunya menggunung pada pemegang tangungjawab tetapi lebih berat lagi bahu yang menggalasnya. Memberi harapan pastinya sedikit sebanyak akan terikat dengan janji. Resmi manusia, mengikat janji mudah sekali tetapi memantri kata untuk dikota payah sekali umpamanya bila sebelum kita mendapat duit, janji itu ini, pada kawan dijanji mahu belanja makan, pada emak berkira-kira mahu menghulur beberapa keping not, itu ini mahu dibeli tetapi bila mana duit digenggami disimpan kemas dalam peti. Melupakan semua janji yang kita taburi, sudahnya airmata yang menjadi galang ganti. Itu dikira masih baik lagi, jika dihambur caci maki tentulah lagi menyakitkan hati,  alamatnya hingga nafas terakhir perasaan bersalah membaluti diri.
Memikul jawatan ini diri tidak menabur janji apatah lagi menghamparkan harapan. Hanya satu menjadi pegangan, melakukan semua ini dengan ikhlas. Mahu mengikhlaskan hati ini ibarat emas murni, tidak bercampur perak berapa persen pun. Pekerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas.
Misalannya seorang yang berkerja kerana mengharapkan puji majikan, maka ikhlas amalnya kepada majikannya atau dia bekerja pagi sampai ke petang kerana semata-mata memikirkan upah, maka keikhlasannya kepada perutnya. Pekerjaannya itu baik tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur.
Dasarnya itu akan baik dari zat sampai ke sifatnya jika didasarkan kepada lillah hi ta'ala iaitu ikhlas kerana Allah. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata. Sesuai lidah dan hati, itulah ikhlas! lain di mulut lain di hati, bukanlah ikhlas tetapi culas.
"Jangan terpedaya oleh seorang ahli pidato, lantaran pidatonya

Sebelum kelihatan bukti pada perbuatannya
Kerana perkataan itu sumbernya ialah hati
Lidah hanya dijadikan sebagai tanda dari hati".

Artikel iluvislam.com





Friday, December 21, 2012

meredah air banjir kilat

ninja tetel hari ini meredah banjir
hari jumaat lunch kan lama
so lunch dgn ila seman kat aeon
aeon lagik..haha
noted di situ ekon ninja tetel belom repair
mmg masin mulut aku

masuk aeon still ok, cerah lagik
tp duduk dlm tue mana la tau apa citer kat luar
skali hujan lebat rupenye sampai melimpah ruah air kt sekitar manjung
aku plak terpaksa pegi kedai tayar sbb tayar dh bengkak
melantun2 kalau bwk
semalam kat proton lian hup cuma buat alignment je
so mls nk tangguh2 terus g tukar tayar
so lambat jugak la aku masuk ofc td
rupeye lambat ade hikmah
sebelum sampai tfc light siput dr jauh aku nmpk byk keta mcm stop tp tfc light ok je
rupenye ade kereta yg stranded kat selekoh nk belok masuk jln teluk muroh
being org manjug la sangat konon2 ikut shortcut
hepi kejap je
betoi depan taman permata tue jalan dh tenggelam
ahkak mmg suspens lah ye
dh la bwk keta kocik mau join keta stranded yg lain
berkilometer jugak la jln tenggelam especially depan kuari
air mmg pekat melekat mcm teh ais pasar tldm
haha
berbekalkan pengalaman memandu dn skil main agak lepas jugak meredah banjir sampai simpang marina
tp lepas tue ahkak xkonpiden sbb tgk byk keta stop tepi jln
terus call drver suh amek lg senang ati ahkak

rupenye banjir ms aku sampai tue kira dh nk ok la
sebelom tue lg dasat
kira klu aku masuk ofc 245 mmg sah2 ninja tetel aku xlepas
klu ikut ati td aku patah balik umah ja
lgpon bos memahami..haha
tp ade kerja urgent sebelom cuti
mau setel pymnt kontraktor
next week dh last nk tutup akaun
mcm tue la every year klu ujung2 tahun
konpem tkejar2 nk buat pymnt

klu ikut kawasan yg efek banjir tue rasanye sampai dopan mcd kot
manjung nie kena ade monsoon drain bosar2 sikit
aku tgk monsoon drain kocik bonar xboleh nk cater air hujan yg turun
sorry takde gambo banjir sebab ahkak penat menahan rasa debar2 nak lepas banjir
=D



21122012

ada lag 10 hari bulan disember
today hari last kerja tahun nie
next week nk cuti sampai la new year
lama kan
memandangkan cuti balance xsebanyak last year, alang2 abiskan je
ada lg 1 hari je nie
bwk le 2013 ek
minggu nie aku agak keboringan sebab my 2 boys dua2 xde rumah
sorg belayar
sorg lg ikut atuk balik somban
kasi la can fahry nak manja dgn atuk
aku duk sorg mula2 malas nk buek po
umah rs janggal xde tukang sepah

semenjak ade aeon ade la tempat nk merewang di kala kebosanan
semalam lunch dgn lyn kat aeon
pastue malam lepas amek ninja tetel dr proton service aku pegi aeon lagik
mula2 pegi mcm takde ape je kat situ
tp bila belek teliti sume kedai actually ade je benda yg special
kat floor atas tue ade kedai baju 3 sederet, effu-histyle-satu lg D apa xingat
kalau utk org kurus mulus mmg byk la pilihan
utk aku ade la yg boleh masuk
murah2 plak tue
mmg terbaek la kalau nk shopping baju
ini selera aku la
aku kedai siam pon aku belasah je
tp klu selera MNG ka, dorothy perkins ka, Topshop ka
sila la pergi tempat lain yea

bonus bulan nie dpt dh
dua org pt bonus mula2 target nk repair keta
kesian ninja tetel tue sejak en.suami belayar dia rilex je at umah
bateri mula2 problem xleh start
bila dh guna jumper malam, sok pg dh xleh start agi
maka kene tukar lah bateri
pastue ekonnye xsejuk plak
suspek ade bocor mane2 kot sbb aritue isi gas sejuk lagik
memandangkan ekon xberfungdi maka aku repair la suis power window
mujurlah suis je rusak, bkn motor 
kesian ko ninja tetel, abis madu sepah dibuang
arinie aku bawak lah ninja tetel nie pg keja
xde ekon xpe, tp tingkap bole bukak
jgn ujan udah le arinie, mau berkuap aku dlm keta

ok la sekian membebel plak lama xupdate
=D





TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 2

bagi gambo dulu menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berj...