Friday, June 7, 2013

road to 55

pbismillah
now dalam usaha nak reduce weight
berjaya menghampiri 60, haku kalau dpt beh 60 dh syukur Alhamdulillah
tetapi baru sebentar tadi ada plan yg ip status ala2 mcm nie laaa
'rasa seminggu nue badan mcm dh mengembang, makan byk gilaaa tapi bila timbang BERAT x NAIK pon, menten 42kg?!'

dah dah dah, xtahu lah nak respons guane. tp jauh di sudut hati aku nie...hmm malas la nak cakap kannn. naseb baikla jaman kurus mulus xdak fesbuk. nak jugak up status 'alamak! knape weight aku 53 je nie?! dh mcm papan lapis plak, kalau kena tiup angin habis la terbang. minggu nie last trening nxt week nk tournament konpem makan banyak gilak nk dapek tenaga. takpa lah nnti menang tournament nk beli weight gain!' 

ok tipu xpernah rasa nk beli weight gain..haha. tp bila dh masuk 3 series nie sikit2 la paham. dulu ko nozie kurus kemain lagik tapi muka penuh dgn jerawat kan. dh mcm kena cikenpox spnjg tahun. now gemuk sikit(xngaku jgk tue dh gemok!) tapi kulit muka dah ok kan walopon mcm bulan. xboleh tamak semua ndak yea kang kurus xtahan ujian tibe2 jd lupa diri yea. amek gambo medang nk cekak pinggang..

pestime pakai topi muka aku elok! 
sekian wassalam heehee

Wednesday, June 5, 2013

3 am

3 am and still cannot sleep
lg bbrp ari je dh nak puasa
hutang lom abiss lagik
now budak2 tgh cuti skola tp iols xamek cuti pon sbb anak lom skolah lahi
nxt year InsyAllah Fahry dh nak skool
asben tgh sailing maka byk bnda merepek aku buek dgn fahry kat umah
cthnya beli sos budu cap ketereh
klu ada my other half tue mmg xlepas budu tue sampai cashier
pasal kijo plak last week ada tragis sbb ada insiden sedih berlaku kat site
Al Fatihah
agak terkesan jugak dalam hati nie
budak2 ramai yg cuti masuk ofc pon lengang je

ntah paoe merepek n ok mata dh layu
👍

last but not least, lawo x hakak dgn tudung ala paridah?!

Friday, May 17, 2013

annoyingnya lah kau

mengakui aku nie takdelah bagus sgt
sedor diri kan
sedor diri maksudnya baikilah mana patut kan
adeh nyampah dgn org pasan baguss
sbg contoh la kan
ade jejaka sorang nie agaknye nak cepat tapi kelaparan banget
menyinggahkan diri dgn drv thru' di fastfud yg suatu ketika ramai yg boikot paling glam di satu daerah nie
tp malangnye servis dia masa tue sgt hampass dan mdatangkan kemarahan
maka dia pon dh maki budak2 kat fastfud tue sbg tanda tak puas hati
pastue xcukop lg dgn luahan perasaan kat bdk2 tue
sambung lagik meroyan kat satu grup di fesbuk
si jejaka yg meroyan di fesbuk nie mmg dh cukop annoying
tp sgt memeranjatkan ade lg yg lebih annoyying dr jejaka itu rupenye
komen2 seperti
" teman dah lamey xpegi M** nie, pejadah........"
"teman pun sama, idok le lalu teman nak makan beger yg bla......."
"teman dgn anak teman umor 17 tahun tue pon dah lamey tak makan kat kedai tue, ........"
"taksior le teman nak makan kat kedai tue,........."

tak ada satu komen pon dalam perkataan yg baguss
semua memilih utk meNERAKAkan orang lain

but nowadays susah nak jumpa org yg boleh bg nasihat secara hikmah
byk yg judge bdasarkan luaran aje
hari ini tak best
=D




Wednesday, May 8, 2013

Sinar Harian : Pemerintahan Islam perlu dipertahan



SESIAPA yang mengaku beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah  hendaklah dia ketahui bahawa antara perkara yang dibahaskan oleh ulama muktabar di kalangan Ahli Sunnah berkaitan hal aqidah adalah hal ketaatan pada pemerintah Islam. Seluruh para ulama ini mereka memasukkan perbahasan ketaatan pada pemerintah Islam dalam bab aqidah dan usul bukan bab furuk atau fiqh.

Kepada yang pernah membaca kitab aqidah karangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti kitab Usul as-Sunnah karya Imam Ahmad bin Hanbal, kitab as-Syariah karya Imam al-Ajuri, kitab Syarhus Sunnah karya Imam al-Barbahari pasti akan bertemu dengan banyak peringatan mereka agar mentaati pemerintah Islam, bersatu dengan mereka dan bersama-sama dengan mereka dalam hal kebaikan dan haram menukar, menjatuhkan, atau menentang pemerintah Islam yang sah.

Apakah takrif sesebuah negara  itu dikira sebagai Islam? Para ulama menggariskan bahawa sesebuah negara Islam itu pemerintahnya seorang Islam yang menunaikan solat, terdapat laungan azan, didirikan solat jemaah, solat Jumaat dan solat dua hari raya. Selagi mana hal ini dizahirkan dalam sesebuah negara itu, ia dikatakan negara Islam.

Kerajaan Islam dipertahankan

Kita ingin bertanya kepada para pembaca dan jawablah di dalam hati kalian dengan ikhlas. Apakah pemerintah kita sekarang seorang yang beragama Islam? Apakah pemerintah kita masih solat? Apakah syiar-syiar  Islam yang digariskan oleh ulama Ahli Sunnah tersebut seperti laungan azan, solat berjemaah, solat  Jumaat dan solat dua hari raya masih berlaku? Dan apakah segala kemudahan dan sarana untuk melaksanakan rukun-rukun dan hukum agama dalam negara ini seperti  masjid, institusi zakat, institusi haji disediakan?

Pasti kita menjawab  ya. Maka telah terang lagi bersuluh bahawa negara kita adalah sebuah negara Islam dan pemerintahnya pun Islam. Maka menjadi kewajipan pada kita untuk mempertahankannya sesuai dengan apa yang dituntut oleh Islam, dan tiada alasan bagi kita untuk menukar kerajaan sedia ada  dengan kerajaan yang tidak pasti lagi pun yang akan meneruskan dasar Islami ini.

Islam mengajar kita seperti kaedah Usul Fiqh ‘sesuatu keyakinan itu tidak boleh dihilangkan dengan keraguan( tak pasti)’. Jelas kerajaan dan pemerintah sedia ada pada hari ini telah pasti keislamannya. Maka ia bersifat ‘yakin’ yang perlu dipertahankan.

Ada pun perasaan dan sangkaan bahawa jika kerajaan atau pemerintah baru  yang naik setelah dijatuhkan pemerintah sedia ada akan lebih Islami dan lebih baik merupakan sesuatu yang ‘syak’ (ragu) dan tidak dapat dipastikan lagi melainkan ianya hanya sebuah sangkaan dan prasangka semata-mata . Cara faham dan fikir seperti ini menyelisihi banyak kaedah Usul Fiqh  termasuk yang kita berikan contoh di atas.

Tiada istilah tukar kerajaan

Di dalam Islam tiada istilah menukar pemerintah atau menjatuhkan mereka. Tidak kiralah apa-apa sekalipun alasannya. Apa yang sering kita dengar seperti slogan pemerintah zalim, pemerintah tak adil, pemerintah melakukan maksiat, pemerintah ambil wang rakyat, pemerintah tidak melaksanakan hukum ALLAH atau apa pun slogan-slogan yang membawa kepada maksud memburukkan pemerintah Islam dengan tujuan menjatuhkan mereka sama sekali tidak dibenarkan syarak.

Jika kita melihat ke belakang melalui catatan sejarah Islam, bagaimana sesebuah pemerintah Islam di sesebuah negara Islam dulu dijatuhkan. Lihat khalifah Islam yang ketiga Saidina Uthman bin Affan seorang khalifah Islam di kalangan sahabat Nabi dan dijamin syurga telah dibunuh oleh rakyatnya sendiri dengan mengatakan Uthman nepotisme, korupsi  dengan mengambil harta negara dan tidak menegakkan keadilan. Akhirnya, Uthman dibunuh di rumahnya sendiri.

Tidak terlepas juga kisah khalifah Islam yang keempat Saidina Ali bin Abi Talib yang dibunuh oleh rakyatnya yang warak bernama Abdul Rahman bin Muljam. Alasannya adalah kerana Saidina Ali tidak melaksanakan hukum ALLAH. Dan banyak lagi deretan kisah bagaimana sesebuah kerajaan Islam dan pemerintahnya dijatuhkan dengan aksi keganasan dan pembunuhan di atas slogan-slogan ini yang berjaya mempengaruhi minda orang awam untuk bersama mereka menentang, menjatuhkan sekali gus memerangi pemerintah mereka.

Kaum Khawarij dan sifatnya

Kenapakah hal ini boleh terjadi? Jika kita melihat perbahasan ulama ke atas umat-umat Islam yang suka menjatuhkan pemerintah mereka sendiri kerana semangat agama tidak berlandas dengan ilmu Islam yang sebenar sejajar dengan kefahaman sahabat dan Solafus Soleh.

Ulama mengatakan, golongan ini dikenali sebagai kaum Khawarij. Kaum Khawarij ini adalah orang Islam tetapi mereka menganut fahaman aqidah Khawarij yang suka mengkafirkan orang Islam lain yang melakukan dosa besar.
Hadis Nabi mengatakan 73 umatnya  akan berpecah hanya satu yang selamat, salah satu dari 72 golongan yang disebutkan oleh Nabi adalah kaum Khawarij. Kaum Khawarij ini dikhabarkan oleh Nabi dan ulama Salafus Soleh akan wujud sampai kiamat, mereka akan memusuhi sesama Islam dan berbaik-baik dengan orang kafir.   

Khawarij gaya baru dan undi

Cuma pada hari ini terdapat sebahagian kaum Muslimin hendak menafikan kewujudan fahaman Khawarij ini dengan beralasan bahawa tiada sesiapa yang hendak menjatuhkan pemerintah Islam, tiada siapa yang memerangi dan membunuh pemerintah Islam dan mereka mengatakan pula apa yang kami mahu adalah menukar kerajaan dengan cara demokrasi melalui undi.

Perlu difahamkan inilah antara syubhah penganut yang terkena pemikiran Khawarij, mereka menyangka bahawa menukar kerajaan dengan cara undi tidak tergolong dalam fahaman Khawarij, hal ini sama sekali salah faham yang perlu dibetulkan dan dijelaskan.

Memang kaum Khawarij dahulu menjatuhkan dan menukar pemerintah Islam dengan cara peperangan melalui mata pedang. Tetapi Khawarij moden yakni Khawarij gaya baru pada hari ini mereka menjatuhkan pemerintah Islam melalui mata pena dengan berusaha mengundi selain pemerintahan  sedia ada dengan niat dan harapan agar pemerintah Islam itu dapat dijatuhkan dengan undi.

Undi adalah satu kaedah demokrasi untuk menjatuhkan pemerintah. Jika kita memahami  aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak membenarkan menjatuhkan pemerintah walau dengan apa sekalipun alasannya nescaya kita akan mengetahui bahawa undi yang boleh menyebabkan sesebuah kerajaan itu jatuh dan bertukar pemerintahnya termasuk hal yang dilarang syarak . Dan jika kita mengundi pemerintah Islam di atas kefahaman pemerintah Islam itu perlu dipertahankan insya-ALLAH kita tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sendiri pun dipilih oleh para ulama Ahli Sunnah bagi membezakan dua firqah sesat yang utama. Kalimah ‘sunnah’ untuk membezakan dengan kaum Syiah yang sentiasa menyelisihi sunnah Nabi dan sahabat. Manakala kalimah ‘jamaah’  untuk membezakan kaum Khawarij yang sentiasa menentang pemerintah Islam yang sah.

Marilah kita bermuhasabah, kerana ayat al-Quran, hadis Nabi SAW dan perbahasan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh dipatahkan hujahnya dengan perkataan “inikan demokrasi” kita bebas membuat pilihan di atas hak kita. Perkataan ini juga tidak menepati syarak kerana hal dalam mentaati dan mempertahankan pemerintah Islam bukanlah pilihan yang boleh kita pilih seperti memilih pakaian dan makanan. Mempertahankan pemerintah Islam wajib ke atas semua walaupun dengan undi.

Mengatakan undi adalah rahsia hanyalah bahasa demokrasi yang tiada asas dalam Islam, padahal Islam menyuruh kita menzahirkan kebersamaan dengan pemerintah Islam, membantu mereka dan mempertahankan mereka.

Nasihat saya kepada pembaca dan kita yang mengaku beriltizam dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan turun mengundi pada hari Ahad ini, tiada pilihan bagi kita dalam mempertahankan pemerintah Islam pada hari ini dengan cara mengundi parti pemerintah dan kerajaan supaya kita tergolong dalam orang-orang Islam yang mahu mempertahankan pemerintahan Islam seperti telah diajarkan oleh ALLAH, Rasulullah  dan Salafus Soleh.

Wallahu a’lam





PRU 13 inai BIRU!



PRU dah lepas
sesapo xpueh hati dgn result PRU
leave it kepada yg Maha Kuasa
ada medan perhitungan lain lebih hakiki

Alhamdulillah dapat balik mengundi
pihak yg lain telah terbukti bersatu
benda nie boleh ditranslate mcm perkahwinan
rumahtangga org elok je aman, anak makin ramai rezki makin bertambah dan bahagia. sedangkan lidah lagi tergigit. itu rumahtangga orang, bior le kat dia. patutnya kita amek contoh utk improved rumahtangga kita plak. xkan boleh bahagia kalau duduk rumah lain2. kita kalau nak bahagia mesyilah dgn acuan kita. belom tentu bahagia kalau ikut acuan rumahtangga orang lain. ada betui?? 
kalau diorang nak racisme biarlah dia
kita telah ditakdirkan utk hidup dlm masyarakat majmuk
we have to accept them
xkan nak deport depa sume balik negeri
kang aku plak yg kena deport balik indon..haha
kepada yg sentap dgn ayat2 menteri yg sentap tue pikir dalam2
yb2 berkenaan kebanyakkannya telah berkhidmat kpd rakyat dgn baik
racisme pd aku sgt complicated
maka kena ingat balik kena refresh mindset masing2
negara nie mmg negara majmuk
pemimpin kita la kena carik jalan mcm mana nak buat penyatuan semua kaum
jalan yg paling hikmah, ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut xputus tepung xberselerak
adeh xtahan baca ayat sendirik





Tuesday, April 30, 2013

Double Standard*kalau dah tak suka buat apa pon tetap tak suka*

hari nie tgh mode PRU sebab warga Pangkalan tgh bz nak pegi memangkah
patutnya warga ATM dan isteri tp aku tak termasuk
ahkak memangkah nanti 5 mei kat kampung
Parlimen Bakri DUN Bukit Naning
technically aku memang bukan atas pagar
ado plak yg menghukum org atas pagar nie apehal?
udah mmg dia konpius nk sokong mana atau pon biasanya golongan nie memilih utk bersederhana
apehal nk taksub obses bagai
sampai masa nanti dia tetap akan pilih
sapo plak dia nak menghukum seseorang itu benar atau salah
itu kan kerja Allah
Wallahuaalam..

berbalik kepada tajuk cerpen aku pada hari ini
nak kupas sikit lah pasal dilemma
bukan dilemma psl PRU
hospital swasta vs hospital kerajaan
yg pertama nak maklum kat sini
aku nie dalam surat beranak tempat lahir : PSA 27, Kg Parit No. 1 Muar
cuba korang chck surat beranak korang, mesti tulis hospital muar la, hospital seri manjung or GHKL ke
iyea realitinya aku nie lahir kat rumah embah jemah aku je
keluar2 terus duduk atas dulang nasik ambeng
aku masih lg dalam era mak bidan masa tue
tue psl kental sikit yea
xdan nak pegi hospital yea puan2
kalau nak compare hospital gomen dgn swasta nie
pastilah ada beza apatah lg klu kes kelahiran aku di donia ini
yang komplen hospital lembab, poor service, nurse xlayan korang baik2 lah sume tue nonsense in certain aspects
kenapa jadi lembab definitely sebab ramai orang sgt mendambakan service gomen hospital
poor service sbb manusia kental sgt diperlukan dalam bidang perubatan
yg dirawat dan merawat adalah manusia or human
kemungkinan nak berlaku psikologi outbreak sahihlah ade
lain la robot
jadik sebagai check n balance hospital swasta nie wujud
bagi yg mampu duit bkepuk2 ataupon ade medical card bole la pegi hospital swasta bg mengurangkan kesesakan kat hosp gomen
sedia ade duit selesai masalah
tapi ada limit kalau tak silap worst case hosp swasta xboleh handle last skali dia akan pg hospital gomen jugak
statement yg ini aku tak tau fakta atau auta

personally aku rasa tidak adil kalau terus kuar statement
doktor hospital gomen tak boleh pakai
aku mmg sgt menyirap kalau ada org kuar statement mcm nie
kalau dia cakap depan muka aku memang aku terus carut WTF kot
eh! hello kenapa begitu sekali otak kau diracun
paranoid? fobia?
kalau ikut pengalaman ahkak dgn hospital gomen
belom pernah sekalipon berlaku bnd pelik
contoh metafora mudah. aku pg klinik kerana demam
takde plak doktor kata eh awak tak demam, awak cuma selsema aje
aku nie kalau demam tak baik2 seminggu baru la thegeh2 pegi HAT
demam seminggu tak ok jugak, memang konpem akan diikuti dgn urine test n blood test
sementara tunggu blood test result kuar, duduklah kau kat emergency tidur sambil masuk air. bersilih ganti doktor tanya kau ok ke tak
besela takut denggi ke hape ke kan
see?! adekah itu namenya tak prihatin atau kerja sambil lewa atau opinion tak boleh pakai seorang doktor kerajaan???
kalau kat wad hospital gomen doktornya bukan lah cuma yg setahun jagung aje
dah tentulah ada yg pakar dan superpower pakar
specialist paed kat Hosp Seri Manjung Dr. Khairi tue sgt lah humble
nampak cute dgn kereta persona dia
oh ok xde kene mengene
sapa tak pernah pegi hospital tentera kalau nak tau prescription ubat dia memang lain dr hospital kat luar
and ubatnya lebih kuat maknenye kalau makan ubat sahih tingtong 
tp lepas tue memang hilang lah sakit pening tue
HAT kan sepital tentera tentulah tujuannya nak bg askar2 nie baik cepat yea tak
ado jgk tue komplen
'membazir duit gomen je HAT nie beli ubek mahal2 bg kat askar, askar bknnye ade perang pon skang'
hmmm nampak tak betapa tahap kakinye pemikiran manusia
eh! tapi kalau klinik swasta dr. lim bla bla, ubat+consultation RM 100++ sanggup kau bayar siap puji2 cepat baiklah hape. doktor nie pandailah ubat kan orang...pui!!
yg tadik kat hospital gomen free or at least byr seringgit je masa register kau kata membazir plak
memang tak boleh lah aku dgn manusia cenggini

ok la sekian
nak chck dalam manifesto BN dgn PR apa deme JANJI pasal kesihatan
=D
DOCTOR IN THE HOUSEE








Monday, April 22, 2013

trauma

menyesal sebab klik 'play'
accident kat federal hiway yg 5 orang maut tue
ALFATIHAH untuk semua mangsa yang muslim
semalam try tgk kat phone kecik screen xde la 'rasa' sangat

iktibarnya malang tak berbau
dengarnya ada yg stop niat nak tolong pon sekali kena sapu
dah nasib

dulu selalu la guna federal nie
memang sume kenderaan tak agak2 lajunye
kirenye kalau kau bawak keta 80km/j kat lane kiri pon kena sumpah kot
aku pon sekali laju jugak le klau keta lain pon dah laju gitu
kereta kemain byk pon org still bole bwk 100-120
memang handei driver malaysia nie
orang asia nie xkira melayu ke cina ke india kalau ade ic malaysia mmg cmtue kot
ataupon sebab jalan kat malaysia nie suma memang terlalu bagus
lain benor dgn 'highway' sitiawan-lumut
80km/j kira handei la kat jalan yea
member2 yg naik motor nie memang kirim salam lah nak guna laluan motor tue sbb gelap katanye
tp wallahuaalam
 iktibarnya berhati-hati lah di jalan raya
ingatlah org yg tersayang

ingatan nie mcm vaksin
kalau sorang je yg amek vaksin pon xde makna
semua org dalam komuniti kena lah divaksin bg nak mengelakkan penyakit bjangkit menular di kalangan kita
ewah! why lately ayat aku skema tak hagak2





TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 2

bagi gambo dulu menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berj...