BERJIWA muda, lengkap berkaca mata hitam, berseluar ketat dan berselipar. Inilah antara kelengkapan yang lazim dipakai remaja masa kini yang menjadikan aktiviti berbasikal untuk beriadah. Sejak kebelakangan ini dapat dilihat aktiviti berbasikal yang dinamakan 'fixie' atau 'prewel mati' menjadi kegilaan dan ikutan remaja. Difahamkan basikal ini tidak mempunyai sistem asas sesebuah basikal iaitu sistem brek yang kebiasaannya ada pada setiap basikal. Menunggang dengan peralatan keselamatan seperti helmet dan lampu juga tidak dititikberatkan malah lebih memeranjatkan apabila kebanyakan daripada penunggang 'fixie' ini terdiri daripada pelajar sekolah.
Menurut seorang penunggang basikal ‘fixie’ yang hanya mahu dikenali sebagai Kecik, basikal ‘fixie’ ini boleh didapati secara meluas di kedai basikal dengan harga yang sangat murah. Kepelbagaian warna adalah salah satu cara untuk menarik minat pembeli. Ditanya mengapa tidak memasang sistem brek pada basikal, beliau menjawab ia adalah ‘trend’ baru, teknik memijak tayar belakang basikal ialah cara untuk memperlahan atau memberhentikan basikal ‘fixie.’ Mereka bukan saja tidak mengendahkan keselamatan diri mereka sendiri malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kecik menambah, terdapat banyak kumpulan ‘fixie’ sekarang. Jumlah penunggang boleh mencecah seramai 15 hingga 20 orang. Lewat malam ialah masa yang sinonim untuk mereka menunggang disebabkan pada waktu ini jalan raya mula kosong dan ini memudahkan mereka berlumba sesama mereka.
Ada juga antara mereka berani meniru lagak ngeri seperti aksi ‘wheelie’ dan ‘superman’ semata-mata untuk membuktikan kejantanan di jalan raya. Tidak kurang juga ada yang melanggar lampu isyarat dan tidak menggunakan laluan basikal yang disediakan.
Masalah yang semakin menular di kalangan remaja ini perlu dibendung dengan segera. Semua pihak tidak harus berpeluk tubuh sebaliknya memainkan peranan masing-masing dalam membanteras isu ini.
*****
dorang kalu gerak secara beramai-ramai aku pon takut
takut terlanggar
kang yg bawak keta jugak salah
pdhal dorang nie tak menitikberatkan keselamatan
bile ramai2 dorang nie berani, sama mcm mat rempit gak
mcm2hal lah