Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai, membeli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.
Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari”
Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan”
Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?”
Harakah – “Kami tiada beca”
Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah”
Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat”
Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca”
Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!”
Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.”
Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi”
SUMBER : GOOGLE
SUMBER : GOOGLE
1 comment:
Tajuk penting dek!!.. janji leh naik kan rating dan ranking media tersebut.. pandangan seorang Editor / jURNALIST SOT KABAR
Post a Comment