I just find myself happy with the simple things. Appreciating the blessings ALLAH gave me..
Wednesday, April 28, 2010
alahai fahry..
Tuesday, April 27, 2010
menyalak..
Monday, April 26, 2010
feeling 'ohlywood'!!
berita terhangat masa kini
&
semoga Kuman tabah menghadapi mase susah..aku suke tengok beliau ngan apek dlm *x ingat slot ape* tp dia panggil apek 'awok'. mmg lawak gile slot tue..aku ngan asben aku nanes guling2 gelak!! hiks..gelak ke nanges nieh??!!
kredit to beautifulnara.com
update pada 4.15 petang
Dukacita dimaklumkan bahawa Dato Zulkefli Ahmad, Pengarah JKR Kelantan, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jeli kelantan hari ini. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) Dato Mohamad Husin dan pegawai-pegawai JKR Kelantan yang juga berada dalam kenderaan yang sama, selamat dan sedang menjalani pemeriksaan di hospital Jeli.
ok cukop lah dgn berita terkini..
**************************************
weekend yg lalu berlalu dgn baik walopon w/o papa. aku balik muor berdua aje ngan fahry..huhu tabah habis nieh. naseb baik la semua dipermudahkan segala urusan. time fahry nk tido je aku terus masuk fahry dlm car-seat, bile keta gerak je x sampai 2 minit fahry dah pengsan sampai la destinasi yg dituju..hahah. balik pon cenggitu. senang mama ngan fahry kan
balik kampung yg best cume lah makan makan makan dan makan. abah aku sembelih ayam 2 ekor sbb asyik nk masuk dlm umah aje..heheh. mak masak kari nyum nyum sampai la perot aku meragam. mane2 kari pon mmg akan mengganggu perot aku. tak kisahla janji dpt makan sedaps!! pagi tue aku request mak buat bubur kacang..haha. dpt gak..sedap buleh mkn byk.
'papa, mak kata kalu papa balik mak nak buatkan lodeh kegemaran menantu dia'..akakakaka. asben ku addicted ngan lodeh mak. sumpah sedaps!!
again, aku ade project lg. pg2 tadik terus buat call n the 'person' yg assist tue very cepat buat kerja..hahaha. senang sket ati ini. semoga semua dipermudahkan.
and dengan 1 kes yg aku rase mcm sebelah kaki dh pijak 'sane', tp org kat sini mcm tak ikhlas nk buat kerja je. dengki ke aku nk pijak 'sane' tue..paham???
Thursday, April 22, 2010
tak ada kerja, lalu merapu..
..puasa ganti..
Tuesday, April 20, 2010
long holiday at hOmesweethOme
Fahry sudah 8 bulan
- expertist merangkak
- panjat lum expert, tp dh mula nak meniti sofa or meja or ape2 aje yg dipanjat
- gigi sudah 8 btg
- rambut masih lagi seperti di atas, tp skang dh buleh uat gaya naruto kalu letak gel, buleh?
- fahry x byk sore, tp sekali beliau menjerit memang sampai tekak sakit kot
- minum susu dh makin kuat, tp mkn agak kurang, berat pon naik siket shj.
- fahry dh kenal org, so kalu g umah org yg suke terjah2 tue mmg smpai ke sudah le beliau merajuk takmo dgn org lain
- dh pandai tunjuk siket2
- ape2 pon mama+ayah sayang fahry!!
Thursday, April 15, 2010
muka garang si kecil
Baby In Blue Contest by MamaAdha
Anugerah Kualiti Pejabat Terbaik
Wednesday, April 14, 2010
lame betol aku tak berangan dowh!!
Tuesday, April 13, 2010
JJCM : Serai Satay Bar
Monday, April 12, 2010
ceriti mimpi dan tidor
Thursday, April 8, 2010
Baby Iman Contest 2010
Nama: MUHAMMAD FAHRY BIN AZWAR
Umur: 7 BULAN
Asal: AMPANG
Emel & nama pengirim: NOZIE YUSOF
jikazie@yahoo.com
'Ubat saya sudah pergi' - Aznil Hj Nawawi
ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.
Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era.Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu.Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya.Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.
Din, siap nak bawa sarapan?
Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.
Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”
Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!
Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?
Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.
Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.
Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!
Din, pilih tempatlah untuk melawak!
Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.
Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”
Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.
Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.
Din, kau nak cuti panjang kan?
Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.
Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.
Din Mr Sengal?
Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.
Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.
Suka hantar SMS yang mengarut
Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”
Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”
Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?
“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”
Din, aku rindukan engkau
Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).
Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!Wassalam.
Tuesday, April 6, 2010
..suami saya..
- jgn merokok sambil berjalan
- bagi la seat kepada org yg memerlukan dlm tren
- yg lain2 isu lebih sensitif, kena la sndrik mau ingat!!
TRAVELOG : Singapura to Singapore 2018 day 2
bagi gambo dulu menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berj...
-
bagi gambo dulu menjadiklah plan nak masuk spore sekali lagi sbb ada supir a.k.a profesional photog nak bawak kitorang berj...
-
ALHAMDULILLAH speechless will blog about it later biggest transformation after fahry
-
one and only child and son nak bersunat maka kena la buat ulasan sikit kawan2 dia ramai yg dah sunat, 9 tahun rasanya umor paling sesu...